status~

Current updates:
I'm a bloody vampire that people scared to crush down my walls

Khamis, Januari 22, 2015

Bebelan aku yang sangat bosan untuk dibaca

Assalamualaikum..

"Ada masanya bila kau rasa satu dunia sedang berpaling dari kau,Kau cuma ingin seorang pendengar yang baik"



Aku tak tahu kenapa tapi dah dua tiga hari juga aku badmood.. Aku kasi coldshoulder dekat dua orang housemate aku. Aku rasa time tu diorang annoying nak mampus. Semua yang diorang buat aku rasa macam aku nak kasi sepakan layang. Kalau boleh aku tak nak diorang ada depan mata aku. Aku seriyes!

Lepas tu ada sorang mamat batchmate aku ni. Ada satu hari tu dia cari pasal dengan aku..Aku layan elok-elok kau buat dajal..Aku rasa nak tumbuk muka dia..Menyampah aku tahap petala ke lapan.Agaknya dia tak sedar dia tu dah jadi kecik besar kecik besar depan mata aku ni. Hari ni bila dia try nak cari pasal..Aku tak senyum dah aku kasi muka ketat 360 dengan jelingan asam pedas ikan patin..Okay bab makanan jangna cakap. Nanti lapar.

Semalam kan aku rasa aku dah buat seorang abg MAS ni marah. Aku takut gila sebab aku paling tak reti nak hadap orang yang garang dan marah. Aku buat silap. Aku ter cut jari telunjuk kanan aku time nak bukak sensor switch dekat landing gear tu..Lepas tu darah dia aku tak lap pun..Masa bukak skru,aku nak pass ratchet tu tapi dia pulak nak kasi self locking nut..

'Ten ten ten'
Selamber dek je nut tu jatuh dari tangan aku pastu jatuh dari scafholding tu. Aku nak ketawa tapi sebab aku tengok muka dia yang nak jadi makhluk hulk tu terus aku telan ketawa aku.Masalah utama sekarang dia ada satu je nut tuh..Sekarang satu nut pun tak ada.. Aku cuak kot sebab aku rasa dah banyak kali juga aku terbuat careless mistake..Dah la aku sendiri kecewa dengan diri sebab tak reti bukak komponent tu..Semua fail!! Aku gila down..Tapi aku still hold diri aku..Tak pe semua ni mesti ada hikmah.. Sambil duk cari dalam kotak ajaib tu, Aku toleh ke bawah..Aku nampak macam nut tadi.. Then aku cakap kat dia..Aku turun dan kasi balik nut tu..Time tu bersyukur gila aku sebab nut tu tak masuk dalam longkang macam yang dia assume..

Balik dari tu aku terus hantar barang dan pergi basuh tangan.. Aku cuci luka tu semua.. Sebab pernah dulu aku bagitahu dua makhluk kat atas pasal luka,then diorang just rasa aku beria macam budak-budak..Kali ni aku senyap je tak heboh pasal benda tu..Padahal kalau boleh aku nak jerit nak menangis bagitahu kawan baik aku..Bad luck gila sebab aku punya kredit phone dah habis..Aku nek menangis bukan sebab luka tapi sebab aku stress macam terasa pressure menjadi seorang dewasa.. Time tu baru aku rasa tak semua kawan adalah sahabat..Macam kejam pulak bunyinye..Haha wat ever.

Aku lepak dekat batchmates lain..Untuk menghilangkan rasa tak sedap hati tu aku start kacau orang..Aku ketawa walaupun aku rasa aku pura-pura..Aku tak nak orang tahu yang aku sekarang ni ada masalah jiwa..Hahaha aku bukan gila. Hang jangan nak fikir bukan-bukan..Aku act macam tak ada apa-apa berlaku..Kalau boleh aku tak nak orang tahu yang aku bengg kurk dengan diri sendiri..Aku tak reti nak buat semua benda..Aku macam budak-budak tadika..Aku just nak bersendiri..Aku suka bercakap dengan certain people sebab ada certain people yang aku tak suka bercakap dengan diorang..Haa faham dok?Lantak kau lah makhluk..

Tapi satu hal aku nak bagitahu..Aku bersyukur sangat sebab dalam aku dilandang musibah ni..Allah tak kejam dengan aku..Dia still hantar perantara untuk tenangkan aku. Walaupun cuma sekejap....
Then aku dah boleh move on walaupun tak seratus peratus..


SPECIAL ANNOUNment..

Hari ni birthday encik syed fakkrur radzi..Kesian dia tak ada orang notice pasal benda tu..Well kawan lelaki dia tahu la..sebab budak dua orang si thaju dengan onn tu baru kitorang tahu yang dia birthday..Kuang kuang.. tahun lepas pun macam tu juga..Dia senyap je masa birthday dia..Sorang pun tak sedar haritu birthday dia..pastu bila orang macam minta maaf dia kata..Tak pe..aku tak kisah pun..

Eh kalau aku pun aku lagi suka kalau orang tak tahu tu hari lahir aku..Yelah ada orang suka orang wish apa semua..AKu ,cukup kalau mak aku call n cakap doa panjang panjang untuk aku..Tu dah cukup.. Dan juga aku akan pura pura demand makanan kesukaan aku dari mak aku tu..

Aku perasan mak aku selalu masak kalau aku minta buat gulai apa-apa..SElalu macam lauk sama..Then kalau aku mention, Esok atau dua tiga hari lepas tu mesti mak aku masak makanan yang aku cakap..Banyak kali juga aku perasan tapi aku buat-buat tak perasan..Aku sayang sangat mak aku..Tapi aku suka tunjuk perangai degil aku dekat mak aku..Aku rasa kalau aku buat baik nanti mak aku kata aku gila..Yelah sebab aku bukan selalu jadi baik..Pernah juga satu hari tu aku jadi baik nak mampus..Sebelum masuk tidur mak aku cakap..
'Kakngah esok mak kejut bangun tau'
 Hahaha aku pelik juga apahal orang tua ni. Lepas aku fikir lama-lama aku dapat buat kesimpulan..Mak aku ingat aku buang tebiat,,Dia ingat esok ajal aku..BIala aku fikr pasal benda tu aku rasa nak gelak guling-guling..Seriyes lain benar nadaa mak aku masa pesan kat aku sebelum tidur tu..

Walau apa-apa pun aku saaaaayang sangat mak aku melebihi aku sayang crush aku yang tak pernah nak notice aku tu..aku penat tahu!


Aku pernah mimpi pasal crush aku tu..Tapi dalam mimpi tu dia jerkah aku..Dia kata dia dah bosan dengan perangai aku yang tak pernah berubah-ubah. Aku terkejut gila kut.Aku rasa mimpi tu macam real world..Aku nak menangis tahu..Sakit kat dalam hati tu kemain dasyat lagi..Rasa macam kena tikam banyak kali.. Tahu tak apa yang kelakar sekali.. Lepas bangun tidur aku terus berazam untuk buang dia dari kepala otak aku..Hahahaha padahal dia reject aku dalam mimpi je.  Sebab situasi tu real nak mampus..Hihihihi
Malangnya azam aku tu bertahan sehari je..Lepas aku nampak dia..N dia macam baik tiba-tiba..Aku terus lupa niat baik aku tu..

Aku pun cakap lah kat diri sendiri..Kalau kau mimp buruk..Dekat alam nyata ni sebenarnya benda yang sebaliknya akan terjadi..Soo..sekarang kau beranganlah yang dia pun kau..Bodohnya aku rasa..Hahaha
OKay sekarang aku rasa aku neutral..Nak kata suka tu..Boleh la..Aku still suka dia.. Nak kata tak suka tu..pun ada juga.. Neutral lah tu kan..Aku duduk dekat tengah-tengah..




MORAL OF THE STORY
#JANGAN SUKA MENYALAHKAN ORANG LAIN..tAPI KADANG-KADANG BOLEH.
#SELALU PERCAYA PADA DIRI SENDIRI
#JANGAN PERNAH BERPUTUS ASA
#BUANG SEGALA PERKARA NEGATIF DALAM DIRI KITA
#JANGAN BIASAKAN DIRI BERGANTNG HARAP PADA ORANG
#JANGAN PERCAYA ORANG AKAN BUAT BAIK PADA KITA JIKA KITA BUAT BAIK DEKAT DIORANG.MANUSIA TAK SEMPURNA
#SELALU PERCAYA MANUSIA STILL ADA NILAI BAIK DALAM DIRI .WALAUPUN DIA SEORANG BANDUAN PENJARA.
#ORANG YANG BERPURA-PURA TIDAK AKAN MENDAPAT APA-APA KEBAIKAN.
#IBU ADALAH MANUSIA YANG PALING BOLEH HADAP SEMUA PERANGAI BURUK KAU TANPA PERLU MEMBENCI ATAU MELEMPARKAN KAU KE DALAM SUNGAI DALAM.
#BIARKAN MANUSIA JIKA MEREKA HANYA PANDAI MEMBUAT KAU HILANG JATI DIRI.
#CARILAH SEORANG YANG MENYOKONG KAU DAN TINGGALKAN MEREKA YANG HANYA TAHU MENGKRITIK DARI MEMBANTU.
#SETIAP MANUSIA MELAKUKAN KESILAPAN.
#ULANG BALIK BACA DARI # YANG PALING ATAS..
#KAU SEORANG YANG PANDAI
#KAU PERASAN KAU GILA-GILA PANDAI
#kAU RASA AKU SUKA MERAPU
#AKU PEDULI APA
#NI BLOG PERIBADI AKU
#KAU BACA KAU SENDIRI TANGGUNG


Yang Benar,
Mimpi Hati