status~

Current updates:
I'm a bloody vampire that people scared to crush down my walls

Isnin, Jun 30, 2014

Wish

 

 

To one of my mate. I hope you get well soon. So that you can study as usual. And sorry for disturbing you..

 

To my other mate. I hope you doing well in wishing birthday to him. Wish for the best..

 

Happy birthday to YOU KNOW WHO~~

 

May you have a good life onward. Don’t play around to much.. this I dedicated to my own self and all my classmates..

 

Weii jangan suka main phone. nanti aku sekeh sorang-sorang baru tahu..

Sabtu, Jun 28, 2014

Mujahid Syahid Abu Huraira

Assalamualaikum..


Hari ni nak cakap pasal benda yang baik-baik je. Pada 17 Mac 2014 seorang pejuang telah gugur di medan peperangan. Okay bukan seorang saja. Tapi sekarang ni aku nak mention pasal seorang pejuang ni.
Paras rupa dia tampan seperti putera raja dalam cerita dongeng yang sering digembar-gemburkan. Kalau dahulu sewaktu kecil kita diperdengarkan dengan kisah Nabi Yusuff yang tampan. Sekarang aku nak cerita pasal seorang lagi Syuhada yang syahid di medan peperangan demi menegakkan agama Islam yang suci.





Beliau bernama ABU KHURAYRA AL-KHAZAKHSTAN.
Usianya masih muda. Beliau meninggal pada saat umurnya baru mencecah 19 tahun. Mengikuti peperangan di Syria bagaikan satu impian indah di kala muda mudi lain sibuk mengejar keseronokan duniawi.
Kenalan yang turut sama berjuang dengannya menggambarkan betapa pekertinya personaliti sang syuhada. Beliau sangat lemah lembut ketika berbicara. Tidak mengeluarkan kata-kata yang boleh menyakitkan hati manusia lain. Sangat petah berbicara dan berdebat. Maha suci Allah yang lebih sayangkannya. Semoga dia di cucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Meskipun tidak beroleh apa yang dimiliki oleh muda-mudi lain. Insyaallah syurga menantinya di sana. Aminn..



Senyumannya terlihat ikhlas. Bayangkan jika korang semua sedang berada di situasi yang sama. Mampukah tersenyum lagi? Tepuk dada tanya diri sendiri.





 Agaknya kalau dikurniakan tampang yang baik seperti ini,sudah tentu ramai yang leka dengan godaan dunia. Kuat sekali jati diri yang ada pada beliau. Aku berdoa semua manusia yang aku kenal akan mempunyai peribadi baik seperti lelaki ini. Berani di jalan yang benar. Menegakkan amar makruf nahi mungkar. Kesilapan yang dilakukan jadikan sebagai garis pemisah antara hak dan batil..







Music:Wahai jiwa yang merdeka-Muhammad Al Husayan



P/S: Jatuh hati dengan wajah dan peribadinya. Silakan judge aku sebab suka dia buat pertama kali bila lihat wajahnya yang indah. Sekurang-kurangnya aku tidak mengagungkan artis-artis seperti yang dilakukan muda-mudi yang ada di negara ini.

"Eh eh,comelnya dia!"
"Kacaknya pelakon tu! Aku nak kahwin dengan dialah"


Mohon celik. P/S aku pun dah tak macam nota. serupa karangan dah ni. Okay selamat tinggal.

Assalamualaikum.. Jawab sayang. Diam Cinta.

Khamis, Jun 26, 2014

JUst ketidakpuasan Hati perempuan bakal LAE MOD5

Assalamualaikum..

Heyyy. nothing special today. Having a normal life. Laugh,Jokes,Making cazy face, Laugh again. a little bit study. well exam is around the corner. Less than a week im having module 5 examination.Yay!


Todays meal kind of deli but still need some improvement.Okay not some but a lot. Keli and Fried rice. Umm,Yummy right. Unluckyly i took little of that meal.


I wanna talk about life...
Fake thing is everywhere. people hate fake stuff.Do they? I dont know. Ive met many people through my life. some are faking their life just to impress human being. Why is that? U ask them lah. How do i know.

Beauty control  the life right. But rotten thing keep people away but also near at the same time. People are curious with those stuff. Just like drug. It can be addicted. They who can not control their life will easily get attach. Hey PULL URSELF TOGETHER WILL YA! Life is not over yet.


Talk about heart.
I feel lifeless.
Keep enemy away or near doesnt matter now. Sometimes its hurt to care about someone. When they dont appreciate us. Well i dont give a damn. I just love misery of my life.


Hope to get well soon. Sore throat is my enemy now!


Please check this group singer.. DA-ICE
Its japanese boy band. I dont like them. Aso dont Hate them. I dont even know them..Hehehe Im crazyyyyz..


I was wondering why people pretend to be nice when they can just hate human like a honest man. BLa Bla Bla. I just want to tell the world that stop telling me do anything i hate and keep improving .


MARI MERUNGUT MALAYSIA~ Ughhh

Tak suka sistem duit.
Tak suka sistem sosial yang macam S**L.
Tak suka orang berlagak.
Tak suka ada hati.
Tak suka Makan.
Tak suka shift pagi ,normal dan juga malam.
Tak suka tidur.
Tak suka Bangun.
 Last-last kau tak payah hiduplah Nazirah. Jadi debu kat bumi ni pun perlukan tanggungjawab. Kau apa tahu, OKe boleh Blah. Aku rasa kau dah gila tu sebab baru lepas makan ubat.


Dengan ini saya ucapkan Selamat menyambut ibadah puasa lagi 3 hari dan juga selamat hari raya. Takot tak sempat atau lupa nak update blog. Wewewewewe..


SELAMAT MALAM semua. Kite nak tidur dah. Sebab kite rasa dah jadi gila sangat nih. Okay Assalamualaikum. Jangan lupa jawab Ye!


Isnin, Jun 23, 2014

4 The First Time

Assalamualaikum..

"I can never forget those memories. its nice to have them"

Hari ni kite nak update pasal hari ahad lepas.. maksud kite semalam punye hal..Okay bunyi cam tak normal dan gedik semacam.

Tajuk Utama: ICE SKATING DENGAN BUDAK KADANG-KADANG JAHAT,KADANG-KADANG BAIK.



Nak cakap terima kasih untuk semuanya.. First time main ice skate. mula-mula seram je masa baru beli tiket. rasa cam nak lari pun ada. bila dah ada atas ice tu. satu hal je. KAKU. Ada ke patut kau suruh aq skate. Dah sah-sah aq tak reti.

Kau suruh buat V formation.. Aku pun try lah buat. Sekali tu kau cakap. Kau tak tahu pun macam mana nak buat V formation. Apa jadah weh.. Hahaha klakar je time tu aku rasa. Habes macam mana kau skate. Pandai pula tu.

Aku gerak sikit-sikit. Aku try buat macam main roller blades. Nokharam!! Nak ke belakang aq jadinya. Skill dia memang lain sikit. Apa kah yang terjadi. Aku tak nampak bergerak pun kiri-kanan. Aku punya kasut bergerak setempat je. Tanda-tanda nak jatuh tu memang sentiasa ada.




First round tu aku tak jatuh. asyik berpaut dekat tepi gelanggang. pastu bila dah berani sikit, aku try skate jauh sikit.. Sikit lah dari tepi gelanggang. Pastu bila rasa nak jatuh aku cepat-cepat skate ke tepi balik..

Main punya main. Lama-lama rasa macam pro sikit. Chewahh. Aku dah reti nak jalan macam mana. tapi tak reti brake. Mampus ah Aku. Bnyak orang juga aku dah langgar. peduli apa aku stranger ke tak stranger. patu bila rasa macam berlagak. Aku pergi skate laju-laju. tu lah zaman kejatuhan aku bermula. sekali dua jatuh. tak rasa papa. kali terakhir aku jatuh.. pergh cukuplah Nazirah baik kau rehat.. Time last tu ais dah mula mencair tu yang makin licin jadinya. Hanif aku tengok seronok je scate. Untunglah pandai!


Patutlah dia suka scate. menatang ni memang best pun. BIla dah reti rasa tak nak berenti. berpeluh-peluh kitorang. macam berlari ah. Muka dia dah merah macam kena panas.

Ada satu masa tu.. Waktu rehat. diorang nak cuci ais. pastu budak private masuk.. Gempak gila diorang skate. Pro gitu. melompat lompat bak hang. dengan puting beliung sekali dia kasi.



Ada masa aku jatuh tu kan,orang hulur tangan. dia kata, Are You Okay..Waa terharu. tapi dia chinese. Silap kalau melayu dah lama aq minta number. Hihihi nampak tak kegatalan yang melampau di situ.Ngeh ngeh ngeh..

Haa,lagi satu kaki aku melecet sikit. kalau tak sakit memang sampai malam lah aku main..hehe tipu je.

Ni kesan main ice skate ade lagi. sakit doh badan aku. Aku baru sedar lutut aku sakit bila aku melutut.


Okaylah ..aku nak cakap terima kasih sebab belanja aku icr cream. Sedap Waaa jangan jeles kawan-kawan.


Kepada Encik Tua :

Seronok eh kenakan orang dalam lift.
Masa tunggu aku uruskan hal xberapa nak penting, dua kali kau kenakan aku.
Aku tepon kau tak angkat. Alih-alih kau sengih duduk kat satu tempat. tengok betapa clueless nye aku cari kau.
Dah la masa dalam bas aku kejut kau pura-pura tidur. Senget kau Atuk..


Okay cukup sampai tu je, Aku nak balas mesej kawan aku yang comel bernama Ayu.
Dia ni tak habes-habes citer nak kawen. Gatalkan dia. Huahuahua..


P/S: Ingat nak kumpul duit.nanti nak main ice skate lagi.


Ayuni, asal kau menjerit tiba-tiba. tercabut jantung aku kau tahu tak?


Yang Sentiasa Gembira,
semut kecil di sungai alam megah.

Sabtu, Jun 21, 2014

Ice Skating not Dating

Assalamualaikum...


"Considering our life is a fairy tale is not a bad idea"




Once in a life or first time in a life? Aku nak pergi ice skating esok. sapa nak ikut? Hahaha tak boleh!
Kenapa kau nak main benda alah tu? Sebab Aku dah janji dengan seorang jejaka comel lagi nan tampan,lagi bergaya lagi lagi kau gila. Hahaha, buatnya dia baca mahu pendek umur aku. Dah jangan nak mengarut Cik Nazirah.

MY HOPES ARE

1. Dok jatoh maso main.
2. Dok kena gelak dek Anep.
3. Cepat pick up belajar ice skating tu.
4. Tak ramai orang esok.
5.Cuaca cantik. (Baek punyaa)
6. Semuanya berjalan lancar . Insyaallah.
7. Tak lapar. (Malas aku membazir duit kat Sunway tu)


Kalau aku rajin menulis. Esok aku upload photo dengan pengalaman aq masa first time skate atas awan.. Hahaha tipu je. Aku memang suka mengarut. Skate atas air batu laaa.



Kau tahu tak betapa jenuhnya aku nak try baju untuk esok. aku rasa kalau jadi lelaki lagi best. Sarung je T-shirt dengan Seluar. Cincau cincai..Pupp.. Dah siap..

Kalau perempuan ni macam-macam nak prepare. Tu belum fikir pasal beg.Haaa memang tak la aku nak bawak beg tangan. Bia budak-budak ni yang bawak. Miss kita yang comel-comel tu pasti tak kesah kalau aku tumpang sikit barang aku. Ye tak?


Diorang esok nak pergi makan. Tinggal la aku main ice skate dengan Anep. Tak ada kerja lain agaknya. Makan je.HIhihihi Kau kutuk diorang ke Nazirah? Shhhhhuuup,Jangan heboh kat diorang pulak. Kejap lagi aku kena gali Grave aku sendiri.



*Garu kepala....

Kenapa eh aku asyik teringat dekat seorang budak ni?
Aku dah lupa kut dekat budak Duyung tu. Sekarang aku selalu teringat dekat orang lain. Rasa macam serabut pun ada. Mak ayah aku pun aku tak ingat macam ni. Senget kau ni Nazirah. Tu lah kan. Aku rasa aku kena makan ubat ni.

Mak aku kata...............
Kalau rasa serabut atau susah hati, dekatkan diri dengan Allah. Baca al-Quran jangan lupa. Tiga Qul pun jangan hilang dari hidup. Tahukah engkau anakmu ini sangat pelupa dan pemalas. Hew hew...

*Geleng kepala. Ah sudah. Malas nak fikir. Yang penting kuatkan semangat. Adik Peah kau kata apa??
LELAKI TAK BOLEH DIPERCAYAI  100%
BUAYA KARAT.  (Hambekk korang.)

Point kau apa Nazirah? Jangan sekali-kali harap sesuatu yang tak pasti. Entah~ Aku penat dengan dunia.
Manusia tikam manusia.
Harimau makan pemburu.
Pemburu memburu..
Ikan boleh bernafas dalam air..Hehehe Okay stop di situ..



P/s: Really hoping to become a muslimah. Hell is my enemy.. Grave is my next house.. Heaven is my hope.

Khamis, Jun 19, 2014

Kill or Cure love

assalamualaikum...


"Thought life would be easy if i got heart with me"


Bila kita rasa kenal seseorang tu,kita akan rasa makin dekat dengan dia. Suatu masa kita fikir kita akan selama-lama dengan mereka. Tak semuanya indah di dunia ni.


Ada orang tak suka kita macam yang kita fikirkan. keputusan yang terbaik?
Jauhkan diri dari mereka.

Daripada pendapat aku. Organ yang bernama hati hanya boleh buat orang sakit. pedih bila kita expect something yang tak kan pernah jadi kenyataan. Macam fikir nak makan ais krim coklat satu bekas besar. Aku berangan dah lama dah nak sebat ais krim kat kedai tangse tu. tunggu lah bila aku dah dapat kumpul duit. orang kumpul duit nak beli iphone, kau kumpul nak makan ais krim?Hahahaha,peduli apa aku. Nak tunggu orang belanja banyak tu sampai aku tua pun belum tentu. Kalau ada orang belanja aku ais krim banyak tu,aku sayang dia sampai bila-bila. Hehehehe



Ni aku nak cerita sikit. aku ada seorang kawan ni. Aku suka tengok dia senyum..
Ada seorang kawan ni aku suka bila dia buat lawak walaupun dia sedih.
Ada seorang kawan ni, Aku sedih bila aku tak dapat nak tolong selesaikan masalah dia.
Ada seorang kawan ni, aku suka pinjam jam dia.
Ada seorang kawan ni,Kalau perli orang nampak comel.
Ada seorang kawan ni perangai macam panda..
Ada seorang kawan ni nampak bermasalah sepanjang masa.
Ada seorang kawan ni tak suka tengok aku senang.
Ada seorang kawan ni suka buat lawak minta penyepak.
ada seorang kawan ni suka tipu aku.
Ada seorang kawan ni suka bajet perasan bagus.
Ada seorang kawan ni tak pernah sedar diri.
Ada seorang kawan ni sentiasa comel bila minta penampar.



Manusia-manusia ni yang bagi hidup aku meriah. Kadang-kadang aku rasa sedih tanpa sebab. Kalau boleh aku tak nak diorang tahu yang aku sedih. Aku nak diorang kenal aku sebagai seorang yang sentiasa gembira. Tak ada masalah. Tak pernah susah hati.


Bila ingat dekat mak aku, Aku rasa nak cepat-cepat kerja. Suatu hari nanti aku nak suruh mak aku berehat. Buat apa yang dia minat. Bukannya susah-susah cari rezeki untuk kitorang sekeluarga. Ayah aku pun sama. Aku nak dia dengan mak aku honeymoon sepanjang masa. Aku nak diorang rasa bangga ada anak macam aku. Walaupun aku ni bukan jenis yang suka express perasaan sayang aku dekat orang yang aku sayang. Aku harap diorang tahu yang aku sentiasa sayang diorang walaupun kadang-kadang aku marah diorang.

NEW CHAP ~
Ahad ni aku nak pergi ice skating.

aku ada satu pantun nak bagi budak gila ice skating ni..

Buah cempedak diluar pagar,
ambil galah tolong jolokkan,
Aku budak baru belajar,
Kalau terjatuh jangan gelakkan.

Sekian.. Ghost reader jangan lupa berhati-hati semasa keluar rumah..

P/s: Shut my heart window for any human creature. Cause i love to be alone in my heart house.

Ahad, Jun 15, 2014

Broga Hill Aku Sayang Korang Semua!

Assalamualaikum....



When you can't retain back a memory, you can still keep it.....


Hari sabtu lepas Naz dengan Batch mates pergi Broga hill. seronok daki bukit kat situ.
First time panjat bukit. Susahnya macam nak memorize balik nota yang belajar masa darjah 6. Dah badan Naz tak fit,nafas macam orang lagi marathon. Bezanya Naz tak lari pun time daki.

Buat apa tu Syafiq?



The thing is,Naz dengan Jannah je perempuan yang pergi. Yang lain tu pula semua lelaki. Dengan ini Naz nak mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka-mereka yang telah menghulurkan tangan dan meringankan beban semasa mendaki Bukit Broga. 

Kepada Syafiq,terima kasih sebab dah drive kitorang pergi dan balik Broga. Kau jadi ketua pendakian, Kau buat lawak bodoh, Kau hampir tergolek kebawah, Kau dah macam koala masa tangkap gambar dekat sign board Bukit Broga. Thanks juga dah tangkap gambar aku dekat sign board tu. masa kau tolong tangkap gambar auntie tu,aku sengih je. Aku tak faham pun apa yang Auntie tu buat lawak. Even,apa yang dia cakap pun aku tak berapa nak faham. Yang aku faham dia cakap 'susah nak selfie~' Kau ketawa aku pun ketawa walaupun tak tahu apa yang lawak.

Kepada Mok, terima kasih sebab dah escort mase mula-mula mendaki. lawak bodoh sarkastik muka kelakar kau telah berjaya memberi sedikit semangat dekat aku yang macam nak mampuih panjat Broga.

Kepada Ayam, terima kasih sebab dah tolong bawak beg aku yang berat sampai aku jalan terhuyung hayang bagaikan orang mabuk bawak kereta. Aku tahu mesti kau penat, thanks untuk nasihat jangan minum air banyak-banyak nanti badan rasa berat. tapi aku main belasah je minum air.

Kepada Syed, terima kasih sebab dah bawakan beg aku masa balik. Juga sebab dah tangkapkan gambar kitorg masa kat sana. Aku tak terfikir langsung nak ambil gambar. Apa yang aku fikir,penat weyh! Aku dah belasah air 100 plus kau yang last tu. Lupa nak kasi tahu. Lepak masa tengok matahari tak timbul-timbul, thanks sebab buat lawak.

baju kau cool



kepada Mackarl, terima kasih dah tolong aku turun bukit yang last sekali. Bila aku tengok tanah tu, aku tak tahu mana satu nak pijak. Aku rasa semua tu impossible. But then,kau tunjukkan semua tu possible. Akhirnya aku percaya jugak kecondongan tanah tu dapat diatasi  dengan sains Friction. thanks untuk air mineral berat yang kau bawak tu.

kepada Syamim, terima kasih sebab bagi aku air 100plus kau. time tu aku dah dahaga sangat. Aku rasa kau baru beli air tu kat bawah bukit sebab air tu sejuk lagi. Sangat refresh~ Kau cakap kat aku 'Atas bukit pun nak dengar lagu ke?' Time tu aku rasa nak sekeh kau. Aku suka dengar lagu, tapi sebab aku terlupa masa dekat sungai,earphone aku dah masuk air. Padan muka kau Nazirah.

Kepada Jay,terima kasih sebab escort aku masa nak turun. Kau dengan Ayam jalan ke melompat. Aku pun tak pasti.Hahaha,tapi sure ah korang laju. Kau cakap aku mungkin dulu atlit sekolah sebab dapat kejar korang. Aku sengih je. Aku sangat-sangat tak suka sukan masa sekolah dulu.

Kepada Aidil jahat, terima kasih sebab dah buat lawak dan escort aku masa nak turun. Kau turun macam penguin main slide kau tahu tak? Hahaha, kau cakap , 'Aku pun bukannya betul sangat' Ni kau refer pasal The Way kau turun. sedar pun kau. Ada sekali tu kau terjatuh. Kaki kau merah. pastu masa kitorang dah sampai kau tak muncul-muncul juga. Time tu aku dah fikir macam-macam. Tiba-tiba jadi risau. tapi bila kau sampai,aku rasa bersyukur. Kau cakap tak sakit. =.=' .

Kepada Tajudeeen, terima kasih sebab dah tolong aku naik Peak yang akhir tu. Tempat yang Syafiq jatuh tu aku pandang macam, Biar betul! Aku tak percaya aku boleh naik batu tu. Kau hulur tangan, time tu aku teragak-agak nak sambut. Tu first time aku pegang tangan lelaki . Ye ah, kalau tersentuh tu memang ah pernah..tapi pegang kot. Aku anggap semua tu dalam kategory Darurat. Aku minta maaf sebab dah batalkan wuduk kau. Hahaha. thanks juga sebab dah join aku menyanyi masa mendaki. masa tu aku fikir 'Taju Rock!'

Gila cantik kat belakang


Kepada Ratan, Thanks sebab dah tolong aku turun bukit. Aku jalan belakang kau. Pastu ada satu tempat tu,kau suruh aku jalan dulu,mungkin kau tengok aku penat tunggu kat belakang. 

Kepada Yen, terima kasih sebab tolong aku naik atas batu. Aku tahu aku berat. Untung kau tak tergolek masa tarik aku. Dekat situ aku lepak bagi hilang penat. Kau suruh aku ke tepi sikit sebab ada orang nak ambil gambar. Thanks, mata aku dah berpinar dengan cahaya flash. Aku rasa time tu otak aku penat nak berfikir sampai benda kecik macam tu pun aku tak boleh nak fikir. 'Kau tak boleh gerak tempat lain ke Nazirah oii!' hahaha


Kokdiang macam tersesat


kepada kokdiang, terima kasih untuk lawak kau yang tak seberapa tu. Muka berlagak kau akan aku kenang sampai aku tua. Hahahaha, menyampah aku bila kau dapat naik batu besar tapi aku tak dapat. Siyes jelesss!



kepada Hakim, terima kasih sebab jaga aku masa separuh jalan nak turun tu. masa kat atas puncak tu sempat lagi kau usha awek,ye. Hahahaha. Mesti kau gembirakan sebab dapat tangkap gambar dengan FAMLY kau.


Happy Family..yeah!



Kepada Jimbit, terima kasih dah jaga kitorang semua kat belakang dengan torchlight. Thanks untuk lawak bodoh kau masa pergi dan balik Broga. Time dalam kereta tu kau kasi kitorang makan cempedak mahal 2,00  ringgit lima biji kau. Kau kata cempedak goreng tu sedap..Bagi aku biasa-biasa je sebab tak manis.

Kepada Jannah,Thanks sebab ingat aku masa nak turun. Kau suruh diorang jaga aku. 'Eh tengokkan Nazirah tu. Sapa nak jaga Nazirah?' Masa panjat tu aku tengok kau penat tapi kau tak banyak bunyi. Aku jumpa bunga lalang kat tepi aku. Aku rasa bunga tu comel. Aku ambil pastu aku pandang belakang. Aku tunggu kau sampai dengan budak-budak lain. Bunga tu aku hadiah kat kau sebab kau kawan aku yang paling comel dekat Broga tu. Hihihihi.



Comelnya,anak siapa ni?


kepada sesiapa yang aku terlupa nak sebut kat atas tu. Terima Kasih! tanpa korang tak berjaya misi aku nak Naik Broga. Mental aku betul-betul teruji masa naik Broga.









Seronok ek yang dekat belakang tu 'Photo Boom!'