status~

Current updates:
I'm a bloody vampire that people scared to crush down my walls

Selasa, Januari 31, 2012

taip la cik naz~

pukul 5.42
hujan lebat.baru balik tuisyen admate.penat otak.malam ni kena buat latihan pula.esok cikgu nak tengok.tak kira.cikgu nak siap juga.esok ada latihan badminton.siang tadi aku dapat surat untuk kebenaran penjaga.aku kena pergi 6.2.2012 . lawan ddekat sri bera.hurm, badminton badminto badminton.hope kitorang menang~


ko tahu tak apa yang paling susah dalam dunia ni??
bagi aku ada banyak benda.
1.nak puaskan hati semua orang
2.nak jadi pandai
3.nak buat orang suka/jatuh hati dekat kita
4.nak cari kawan sejati
5.nak cabut gigi
6.nak jadi seorang yang rajin
7.nak tidur(memang susah kalau mata ni segar bugar.he3)

Ahad, Januari 22, 2012

kenapa?salah aku ke?

assalamualaikum~

kenapa hidup ni begitu rumit? semua yang kita tak nak akan datang berlumba-lumba menghampiri?aku tak bersyukur dengan apa yang ada?mungkin...tapi kenapa?kenapa?
tak boleh ke semua orang hidup bahagia?kenapa mesti ada masalah?kalau aku menangis?apa aku dapat?

kalau aku suka dekat seseorang...tak pe ke?kalau orang benci aku apa perlu aku buat?aku ibarat sekeping kertas yang ditiup angin.ke kiri aku pergi..ke kanan aku lari...kedepan?kebelakang?semua ni percaturan hidup?kenapa perlu sakit?betul ke hati yang sakit.bukan akal?kenapa perlu ada perasaan?tak boleh ke kita hidup dengan aman.tiada negara yang dibom?tiada keluarga yang haru?tiada kawan yang bergaduh?tiada orang asing yang mengacau ketenteraman?kenapa perlu begini?hidup bagai tiada erti....

P/S: ini hanya luahan hati..tiada berkaitan dengan orang yang hidup atau mati.......

Isnin, Januari 16, 2012

latihan tahun ni dan pasal naz $_#

assalamualaikum~

hai kawan-kawan...saya sedang penat. nak bangun pun tak larat. siang tadi saya ada latihan merentas desa. cikgu zarin kata 10 pusingan tapi boleh wat selagi termampu.so,saya pun buat lima je. tu pun gila-gila letih. hari jumaat ni merentas desa. tak sabar rasanya. ni tahun akhir..then,gud bye form5..berangan lebiy..baru bulan satu.hahaha,tak payah layan otak aku yg mereng ni.tetibe pula tukar saya. agak geli aku melihatnya.hahaha,ko ni perempuan ke apa?ahahaha,memang la aku perempuan tapi aku bukan girly cam gedik2 tu. sempoi?ye kot.cool?aku lebiy prefer yang tu.haha,angkat bakut sendiri kau naz~ah,peduli la(ayat Ayu Cmuncit)

teringat dekat Ayu ni,teringat pula aku dekat blog kitorg.. tak jalan apa-apa pun.cam gitu je.bhahahaha,jenis yang hangat-hangat tahi ayam..cam kitorang la.haritu semangat gila buat akaun untuk blog baru..oke la..i've to go...esok2 kalau rajin aku tulis lagi~


P/s: kata ganti diri bagi saya,awak memang tidak disukai oleh naz..so,memana kawan yang guna tu mesti akan membuatkan naz geli hati...dan juga geli-geleman kalau lelaki..sorry guys, even niat ko baik nak kawan dengan orang...tapi tengok la dulu orang tu selesa ke tak nak guna bahasa tu...so,just be my friend and jangan guna saya,awak....whoa~panjangnya nota kau kali ni..well aku memang suka menulis.he3 ^_^

Khamis, Januari 12, 2012

merapu itu naz

ASSALAMUALAIKUM...

hey!naz buat cake semalam.apa dia?cake?ya,cake atau dalam malay orang kata kek.ada faham?hahaha,oke saya faham.di sebabkan aku dah lama tak baking2 nih,so hasinya tak begitu memuaskan. setakat nak makan sendiri tu boleh la.kalau nak kasi orang lain,haha tak sanggup koi.nanti kena kritik penjang berjela~

gambar hiasan
gambar hiasan
gambar hiasan
semangat gila aku semalam. aku sambung novel Syamil tapi aku tak sambung pun novel imran.  cuti ni nanti aku nak edit gambar untuk watak novel tu.nanti aku upload kalau dah siap. korang semua pergi la check blog novel aku ye. jangan malas-malas~he3, nak tahu tak?aku ambil watak korean sebagai watak novel tu.yela, sekarang ni pun tengah demam k-pop.tak gitu?budak lelaki pun suka k-pop?entah, ada sesetengah suka. ada pula yang tak. menyampah katanya. btw, watak korea hang tu ada kena mengena dengan demam k-pop ke?eyh,apsal pulak? artis korea dengan k-pop tak ke sama tu?hahaha,itu le hang. mende tu suma laen. yang hang ambil tu watak drama. kalau ada pun sikit je k-pop. so, tak ley la nak diklasifikasikan sebagai k-pop.it's just korean.just korea..oke?hahaha pape je la.

sekolah tadi oke je. perjumpaan rumah sukan pukul 1.50-2.50.
aku masuk rumah merah.tahun ni diorang rombak balik sebab berebut atlit.apa apa pun saya bukan atlit!hahaha,agak lega,yeah!tak perlu nak risau apa-apa.ko buat je kerja kau sebagai underground punya student.mind ur own bussines.haha,oke bos.i loike~

muka happy ke?hak3

Khamis, Januari 05, 2012

hidup aku di sekolah...hari kedua

assalamualaikum~

herm,hari kedua persekolahan...
happy la juga sebab tak kena marah sangat sebab homework tak siap.boleh ka kata cam ni? boleh je. hari ni akidah datang sekolah. omwork dia banyak yang tak siap. yala,dia kan sibuk memanjang.mana ada masa.dia sibuk apa?dia sibuk jaga atok dia la.atok dia sakit.nasib ko la.nak buat macam mana lagi.tapi la kan, ko patut biarkan orang lain jaga.yela,ko boleh jaga juga tapi kena lah jarang-jarang.ko tu nak spm tahun ni.tak kan nak abaikan pelajaran kot.as a friend aku nasihatkan,ko berbincang dengan mak ko pasal atok ko tu.dia tak ley bebankan ko sampai pelajaran ko terganggu. lagipun,cikgu B mesti marah kalau kerja dia ko tak siapkan.alasan?ko nak kata jaga atok?dia faham ke nanti?zaman sekarang ni mana ada dah budak rajin cam ko.mesti dia kata alasan!bukan boleh percaya..hurm,i dunno lha~

tadi aku nampak A kat sekolah.tak tahu la,nak rasa exited ke saket hati.ye la,lepas apa yang dia dah buat. macam la dia sengaja.aku kesah apa?lantak la.tapi aku nak berazam untuk melupakan dia.dan teruskan hidup aku macam selalu..so,get out of my mind, A!!


novel,novel,novel.aku nak pergi update ke tak?hahaha,nampak sangat hang ni pemalaih.we, macam mana nak hilangkan rasa malas ni?apa-apa pun malam karang aku nak buat kerja sekolah sampai siap.tak nak bertangguh lagi dah.enough for that!ceeeewah...ko berangan je lebiy.jangan ko tak buat sudah la..hang tau apa.aku kan budak baek..hak3
hello,budak baek tak bermaksud hang tu boleh dipercayai bab-bab menyiapkan homework...hahaha,oke cukup.kalau tak cakap sorang-sorang ko memang tak boleh kan?mesti nak jadi psyco juga.


P/s:pedulikan apa yang aku tulis bila aku mula bergaduh dengan aku yang satu lagi..(watak baik aku~) so, enko ni jahat ler?  -dia buat dah..-
aku benci bila ada orang pura-pura baik dengan aku ......

Isnin, Januari 02, 2012

kawan on9 aku ker??


assalamualaikum~



entry kali ni,aku nak kenalkan korang dengan kawan2 maya aku.hahaha,maksudnya,kawan-kawan on the line. nak isi gambar ke?erm,nanti aku fikirkan..


1.siti aisyah
 budak ni dah habes sekolah tahun ni.tengah tunggu keputusan exam la ni..he3,ecah si budak sengal dan juga gila-gila.ngee~jangan marah ye


2.nor erzafahraina


بِسْـــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

* nor erzafahraina bt salim
* 17 tahun
* spm candidates
* skype : norerzafahrainasalim [do add me :)]

jgn jalan kat depan aq ,, aq x akn folow !
belakang ? err,, x ske difollow la =="
walk beside me, and be my FRIEND :)))

AMARAN : 1 jeyh word LUCAH , aq tros BLOCK kau !

Taken. ❒Single. ✔ Tak ada masa nak bercinta, baik kahwin terus ❒

Sayang ak ? Auwww so sweet^^
benci ak ? Auwww so what ~ :p

i'm the STALKER u will never know

ni aku ambil dekat page facebook dia.haha,budak stalker..beware!!
sori erza..hahaha,erza seorang yang kelakar dan happy go lucky.sama speasis cam ecah.well,dorg kan kawan baik.

3.zul hakim

 yang ni pula budak jitra.haha,yeka?tatau2.budak ni kekadang otak mereng.padan muka ko zul.hahaha,btw,jangan marah aku ye.ini satu penghargaan buat ko.bukan calang2 boleh masuk blog aku.chewwah~zul suka kacau red?haha,i've no idea.


4.fahmi zainol
budak pilot.haha,just kidding.dia ni suka loyar buruk ngan budak-budak yang chat ngan dia.so,kalau chat tu jangan terus percaya pa yang dia tulis.sebab beberapa saat lepaih tu korang mesti rasa..cam pa lagi..aku ingat betul2.ha!tu la salah satu yang akan jadi kat korang.


5.nor hafizah
dia ni salah seorang dari hli stalker.huahaha,geng erza la der...so,beware juga dengan dia ni.seorang yang kelakar juga .aku jarang chat ngan dia ni.selalu tak nampak dan kalau nampak aku tak tegu.kenapa?saja~hahaha,aku tak da idea la .hope ko dapat keputesan yg cemerlang Nor..dan aku ingat mancha tu sapa lah..haih,korang ni.




6.sue
adik kepada ecah.sama umur dengan aku.dan tahun ni dia amik spm.dia pun ada blog.nanti kalau aku rajen aku kasi link.red kata kan,blog dia cantik tapi berpinar mata sebab warna merah jambu.hahaha,tapi,siyez aku cakap blog dia memang sweet~kata-kata aku untuk ko.chaiyok!!




7.rokudo
nama dia actually imirul bukan amirul.haha,unik.budak ni hantu game dan juga suka benda2 cam vampire.minat yang sama cam aku.so,kalau chat tu mesti ada la cakap pasal hantu tu.tak dia aku yang jadi mamot.haha,kudo tahun ni kita nak exam kan.so, nasihat dari aku.kurangkan makan darah manusia..( ^_^.oke,i'm just kidding) jangan main game lama2 nanti otak hang tak ley berfungsi..hahaha,pape je la naz


8.i dont know
kenapa?sebab aku dah penat menulis.bukan angkat berat ja boleh penat.nanti kalau rajen aku tambah lagi.maybe ada orang yang tak masuk lagi dalam list ni.tapi,tunggu je la.akan ku pastikan korang ada dalam blog ni.amboi!semangat.hidup melayu!!hahaha tak da kena mngena langsung.


p/s: aku tulis ja senarai ni tak ikut turutan.just tulis.so,kalau yg duduk list terakhir jangan anggap korang tu tak penting.i tell u what,list is doesn't matter.it just what we had along our friendship.haha,ayat hang dah merapu.apa-apa pun,aku sayang korang semua dan terima kasih sebab jadi kawan aku.i'm so glad to be ur friends.

pelik la~

assalamualaikum..

erm,korang tahu tak?tadi aku baru je mec someone on fb and kitorg sembang sekejap je then dia off..apa maksud suma ni?'hahaha,apa yang mengganggu fikiran hang ni naz?' tak de la.dia tu macam nak menjauh dari aku je.dulu yela,aku suka kat dia.tapi sekarang aku just nak tegur je.apsal dia jadi begitu biadap?tak kasi tahu nak off?nampak sangat dia nak larikan diri dari aku. 'emm,maybe dia punya line tetiba terputus?' terputus pe pulak?aaaaa..pape je la.  kalau dulu dia boleh berbudi bahasa?kenapa sekarang ni tak boleh? "hahaha.hang ni over la.perasaan ko je tu.' yela2,perasaan aku je. tapi siyez,aku lagi suka masa mula2 dia masuk kelas aku.sekarang ni tatau la nak kate. boleh tak aku kata. hidup mesti diteruskan?hahaha, tragic sangat ayat ko tu.

p/s: weyh pe pendapat ko pasal budak ni?kenapa dia wat camtu?hahaha,just tanya~