status~

Current updates:
I'm a bloody vampire that people scared to crush down my walls

Sabtu, Ogos 09, 2014

CERITA UJUNG MINGGU>>Tak melepak

Assalamualaikum...

Holidaysssssssss...

Keluar rumah pun tak hari ni. Rasa bosan melampau. Tak tahu nak tengok cerita apa dalam laptop. Rasa macam nak menjerit SAYA SUKA AWAK!  Eh eh..kau pehal?  Tak ada kena mengena pun ..GILA


Tadi selamat tak terkantoi dengan seseorang. Tiqah tu la pergi keluar pastu nak masuk balik tak tutup pintu cepat2..AURAT Akuuuu.. Nik lagi la pakai singlet.Nihaa punya Tak seksi...

Tadi tengok citer antu selfie..Macam bosan je bila sampai kat pertengahan cerita. Aku apa lagi blah Lah dari depan laptop tu. Hokayy Bai..




Yang BOHsan
CIK Nazirah. 

Khamis, Ogos 07, 2014

Down to the earth those feelin

Assalamualaikum...

Hari ni aku ganti puasa. Lagi tujuh harilah gamaknya. Tahun ni nak ganti cepat-cepat tak nak jadi macam tahun lepas. Kelam kabut bila tiga bulan lagi nak Ramadahan.Hahaha

Dalam kelas tadi aku banyak diam. Tak banyak cakap macam selalu. Diorang mungkin fikir aku diam sebab puasa.Penat, letih. Tapi sebenarnya aku tak ada mood sebab fikir pasal satu masalah baru.
Semalam aku dapat satu misscall dari mak aku. Dalam pukul 11 something. Tapi sebab aku shift pagi,aku baru bukak phone bila dah sampai apartment. lepas settle makan,solat tu aku terus teringat panggilan mak aku.

Aku call lha dia. Dia citer ade masalah sikit. Aku tak nak lah citer kat sini tapi benda ni dari dulu memang family aku akan lalui. Tak pernah nak bahagianya. Aku kesian kat mak aku. Ada seseorang selalu buat dia sedih. Kadang-kadang aku rasa dia dah penat nak hidup tapi sebab kitorang dia teruskan juga. Banyak gila benda yang dia korbankan semata-mata untuk kegembiraan kitorang. Aku pernah nampak mak aku menanges tak sampai lima kali selama aku berumur dari 1tahun ke 19 tahun ni.

Dia menanges untuk manusia yang sama. Benda yang terjadi dekat dia buat aku fikir dua tiga kali bila nak percaya orang dalam hidup ni. Kadang-kadang manusia penuh dengan kepura-puraan. Kadang-kadang aku rasa manusia yang buat mak aku macam tu tak ada lah salah mana. Dia mungkin jadi mangsa kerakusan dunia. Dunia yang ubah dia dari seorang yang baik kepada sebaliknya. Tapi kadang-kadang aku fikir semua salah dia! Dia yang tak nak berubah. Dia selalu cari kesalahan orang.



Apa-apa pun aku harap mak aku akan selalu bersabar dengan semua ujian ni. Aku sendiri pun ada ujian mengantuk..

Kat kelas tadi aku hampir terlelap bila instructor tunjuk video pasal Tool apa semua bagai. Selamat tak terkantoi.. Dah tu kiri kanan aku budak yang tak sedar juga. Dua-dua mengantuk. Aku la yang duk tumbuk diorang kasi bangun. Tak boleh tidur aku jadinya. Tersengguk-sengguk.. Yang sorang pening tapi bila main COC boleh pulak celik mata hati..Hahahaha (CC: Aidil Jahat)  Mok pulak boleh dia sedut vipor dalam kelas..Berasap~ Aku ketawe sebab terperanjat tiba-tiba keluar asap dari mulut dia..Cibae~  (Ayat Thaju)



Jannah mesti happy kan tadi.Hehehehe~





Yang Benar,
CarelessJebat




















Rabu, Ogos 06, 2014

Hidup LAGI..Geram

Assalamualaikum....

Catatan untuk seorang manusia..

Aku menyampah dengan kau. Tak boleh ke ko baik sikit?Eeeeeeee, B#R#N!
Aku malas nak gadoh tahu. Beruk~





TAMAT


Lain kali tengok sikit orang bergurau ke buat lawak atau apa-apa. Yang kau nak sentap lebih-lebih apsal?Adoyaiii..Ko memang dari dulu camni kan. Ah sudah lah! Menyapah aku dengan kau. Boleh BLAAAHHH!

GERAM!!




_________________________________________________________________________________



Mengantuk gila dalam kelas..Tapi ada juga yang kelakar tadi. Ada orang tu datang lewat lepas tu tak mandi..Hihihihi..
Jannah buat lawak bodoh..

Aku tengok awan dekat luar tu dah macam gula-gula kapas..Cantik~
Lauk hari ni ayam masak merah. Polisterin mok belanja.Ngeh3...

Ada satu lagu ni best AFGAN WIGS-66

Selasa, Ogos 05, 2014

TO my unlucky Friend knowing me

Assalamualaikum..

'Yang patah tumbuh , Yang hilang berganti'


Surat kepada sahabat...


           First and foremost, Aku nak minta maaf banyak-banyak sebab dah lukakan hati kau selama kita berkawan.
          Keputusan kau yang agak drastik tu dah membuatkan hidup aku tak macam dulu. Bila kau kata kau sayang aku, aku terima sebab aku pun sayang kau. Tapi tak lebih dari seorang sahabat. Aku harap sangat kau faham. Aku selalu fikir pasal perasaan kau.Well,every single person yang aku pernah kenal aku akan cuba jaga perasaan diorang lebih dari perasaan aku sendiri. Aku tak peduli kalau aku sakit janji kawan aku selalu gembira. Kau pun tahu aku macam mana kan. Pernah satu hari tu kau kata ...
"Ini hidup siapa?Apsal kau nak fikir sangat pasal orang yang tak pernah fikir pasal kau?" Ini masa aku tolak untuk terima kau masa aku mula-mula rapat dengan kau. Bagi kau mungkin senang nak buat tuli pasal hati orang lain. Tapi aku tak. Aku dari kecil macam ni. Kena buli tapi aku cepat maafkan orang tu bila dia minta maaf balik. Kau ingat Nana? Dia selalu buat dajal kat aku. Dia kawan aku tapi pernah banyak kali dia tikam aku dari belakang. Well,Aku agak kau tak pernah ambil tahu pun pasal tu. Budak tu,walaupun dia banyak buat hal dengan aku,aku tetap terima dia bila dia minta maaf dengan aku. Kadang-kadang aku kesian dengan orang sekeliling aku. Diorang macam tak sedar dengan apa yang diorang buat. Ibarat robot yang dikawal oleh seseorang.

                Aku appreciate sangat perasaan yang kau ada dekat aku tapi lepas sebulan lebih kita decide untuk stay sebagai kawan, Aku dah lama lupakan kau. Maksud aku lupakan perasaan aku dekat kau yang lebih dari kawan tu. Kau sendiri yang kata kau tak baik untuk aku. Aku deserve orang yang lagi baik. Aku rasa aku dah tawar hati dengan kau.But,aku still sayang kau sebagai kawan. Aku cakap aku bukan nak friendzone kan kau.Aku minta maaf,masa tu aku tipu kau. Aku tak nak kau sedih.

              Aku minta maaf juga sebab banyak janji macam-macam tapi tak pernah nak tepati. Aku tak pergi rumah kau hari raya lepas. Aku takut nak berhadapan dengan kau. Sebab aku yang ignore kau dulu. Aku takut nanti bila aku jumpa kau aku ubah fikiran hanya nak jaga perasaan kau. Aku ingat balik kata-kata kau. Kali ni aku ikut hati aku dari jaga perasaan orang lain. Aku tahu hati kau sakit. Aku minta maaf banyak-banyak.

            Lepas kes kita ni,aku rasa macam penat. Aku penat sebab apa yang aku buat dah buatkan aku bagi harapan palsu dekat kau. Aku penat dengan hati aku sendiri. Aku penat nak fikir apa-apa pasal perasaan yang berkaitan dengan cinta. Aku rasa lepas ni aku nak tutup hati aku. Aku tak nak fikir pasal cinta. CRUSH? Benda ni dah CRUSH hati aku sampai aku suka termenung bila aku sorang-sorang. Aku sedih sebab kita dah jadi macam musuh.

         Kalau kau baca surat ni tak kira lah bila. Aku harap kau tak marah aku.Aku harap kau jumpa orang yang lebih baik dari aku yang kejam ni. First time aku buat manusia yang aku kenal macam ni..Or maybe ada lagi seorang.Tapi yang tu aku tak kenal pun dia,so tak kira. Sampai bila-bila pun kau tetap kawan aku. Aku sentiasa mendoakan kebahagiaan kau. Semoga kau sentiasa dijalan yang benar..

Terima kasih banyak-banyak sebab pernah jadi warna dalam hidup aku yang sentiasa suram sejak dulu.


Your sincerely,
ALAMMEGAH

























Isnin, Julai 14, 2014

Masalah tak akan hilang

 

Assalamualaikum..

Kelakar bukan. Apa yang kita nak tak dapat tapi apa yang kita hindari pula yang mendatang. Bagi aku perasaan keliru tentang sesuatu sudah cukup untuk membuatkan aku berfikir dua kali untuk buat sesuatu. Kadang-kadang niat baik kita disalah ertikan oleh manusia.

 

Cabaran dalam hidup ni tak akan pernah hilang. Satu pergi, seribu datang. Sangat ironi hidup sebagai manusia. Kalau seseorang itu tidak kuat,dengan mudahnya dia akan mengalah.

Dalam hidup aku,aku pernah terfikir untuk berhenti. Aku bahagia bila niat aku itu tidak berjaya. Aku teruskan juga dengan semua masalah yang ada. Akhirnya tanpa aku sedari satu kegembiraan telah menanti aku di masa hadapan. Sekarang,aku rasa bersyukur. Aku bersyukur sebab tidak mengikut kata hati. Walaupun aku masih dihantui masalah lain,aku tetap gembira menjalani hidup sebagai seorang pelajar. Suka duka sebagai seorang manusia tidak akan dapat dimiliki oleh makhluk lain…

 

Bak kata pepatah BERAKIT-RAKIT KE HULU,BERENANG-RENANG KE TEPIAN,BERSAKIT-SAKIT DAHULU , BERSENANG-SENANG KEMUDIAN.

 

cURRENTLY Problem…

1.Heart

2.Human

3.Management

4.dicipline

5.time

6.Jokes

 

 

NONO

Budak sabar..

Selasa, Julai 08, 2014

Article Khas :Zul Hilmi Muhammad Hi3

 

 

 

 

Assalamualaikum..

Hi! hari ni rasa gembira~

pertama sebab dapat makan Kole kacang.

kedua sebab dapat makan Kole kacang.

Ketiga sebab dapat makan kole kacang.

 

Hahahahaha Habis sudah rasa kempunan aku. Terima kasih kepada Mok yang baik hati.

Jasamu akan ku kenang sampai puasa tahun depan. Hihihihi

 

Hari ni aku buka puasa dekat surau. Sebab wok lauk dia. Hari ni ada ikan bakar berlada. Kejap lagi aku kata cabai ada yang ketawa guling2 tak cukup tanah. Jadi kita pakai perkataan berlada yeh.

Aku rasa macam nak guling2 tidur ni. Kenyang sangat. Kejap lagi ada rollcall! Hari ni tak nak ponteng ye Cik Nazirah!

 

Oh ye.. ESOK EXAM MODULE5..GUDLUCK kepada semua kawan-kawan. Batch 13 Sept dan juga kepada senior Batch Kak NOILI dan KAK Izzah COMEll~

Ahad, Julai 06, 2014

Hidup budak perantauan SANGAT!

 

 

Assalamualaikum…

 

Fuh~ Letih basuh baju.. Aku rasa macam berlari berkilo-kilo meter. Berus baju je kot!

Exam is around the corner. Hope to study more and more. Please go away from my life ..Lazy arse!

Ada seorang makhluk ni aku currently menyampah. Aku tak tahu la apsal tahap menyampah aku jadi berganda-ganda bila nampak dia. Selamat cuti. Kalau tak tiap hari aku jumpa. Aku pun tak faham juga dengan masalah dia. Aku tak kaca dia tapi dia sibuk …Ughh ..Malas aku.

Setahu aku kitorang tak banyak bercakap pun. Kalau nak kata aku kacau dia dulu. Aku buat hal aku kot. Ni lah masalah sekarang. Kau kalau orang tak usik kau. kau buat hal kau sudah lah. Even budak yang aku sokmo menyibuk pun tak beria.Pergi Aaaaah!

 

 

 

Terpandang pulak gambar dekat module5 ni. Benda yang aku Scribble masa mula-mula start belajar module 5 ni. Rasa nak gelak pun ada. Terima kasih kepada mereka-mereka yang kreatif dalam dunia ni.

 

 

Harapan SEMOGA MAJU JAYA SENTIASA nAZIRAH!

Sekarang masa untuk jemur baju kesayangan di ampaian..

 

NONO (Gantikan XOXO)

Nazirah Rajin!