status~

Current updates:
I'm a bloody vampire that people scared to crush down my walls

Selasa, Ogos 05, 2014

TO my unlucky Friend knowing me

Assalamualaikum..

'Yang patah tumbuh , Yang hilang berganti'


Surat kepada sahabat...


           First and foremost, Aku nak minta maaf banyak-banyak sebab dah lukakan hati kau selama kita berkawan.
          Keputusan kau yang agak drastik tu dah membuatkan hidup aku tak macam dulu. Bila kau kata kau sayang aku, aku terima sebab aku pun sayang kau. Tapi tak lebih dari seorang sahabat. Aku harap sangat kau faham. Aku selalu fikir pasal perasaan kau.Well,every single person yang aku pernah kenal aku akan cuba jaga perasaan diorang lebih dari perasaan aku sendiri. Aku tak peduli kalau aku sakit janji kawan aku selalu gembira. Kau pun tahu aku macam mana kan. Pernah satu hari tu kau kata ...
"Ini hidup siapa?Apsal kau nak fikir sangat pasal orang yang tak pernah fikir pasal kau?" Ini masa aku tolak untuk terima kau masa aku mula-mula rapat dengan kau. Bagi kau mungkin senang nak buat tuli pasal hati orang lain. Tapi aku tak. Aku dari kecil macam ni. Kena buli tapi aku cepat maafkan orang tu bila dia minta maaf balik. Kau ingat Nana? Dia selalu buat dajal kat aku. Dia kawan aku tapi pernah banyak kali dia tikam aku dari belakang. Well,Aku agak kau tak pernah ambil tahu pun pasal tu. Budak tu,walaupun dia banyak buat hal dengan aku,aku tetap terima dia bila dia minta maaf dengan aku. Kadang-kadang aku kesian dengan orang sekeliling aku. Diorang macam tak sedar dengan apa yang diorang buat. Ibarat robot yang dikawal oleh seseorang.

                Aku appreciate sangat perasaan yang kau ada dekat aku tapi lepas sebulan lebih kita decide untuk stay sebagai kawan, Aku dah lama lupakan kau. Maksud aku lupakan perasaan aku dekat kau yang lebih dari kawan tu. Kau sendiri yang kata kau tak baik untuk aku. Aku deserve orang yang lagi baik. Aku rasa aku dah tawar hati dengan kau.But,aku still sayang kau sebagai kawan. Aku cakap aku bukan nak friendzone kan kau.Aku minta maaf,masa tu aku tipu kau. Aku tak nak kau sedih.

              Aku minta maaf juga sebab banyak janji macam-macam tapi tak pernah nak tepati. Aku tak pergi rumah kau hari raya lepas. Aku takut nak berhadapan dengan kau. Sebab aku yang ignore kau dulu. Aku takut nanti bila aku jumpa kau aku ubah fikiran hanya nak jaga perasaan kau. Aku ingat balik kata-kata kau. Kali ni aku ikut hati aku dari jaga perasaan orang lain. Aku tahu hati kau sakit. Aku minta maaf banyak-banyak.

            Lepas kes kita ni,aku rasa macam penat. Aku penat sebab apa yang aku buat dah buatkan aku bagi harapan palsu dekat kau. Aku penat dengan hati aku sendiri. Aku penat nak fikir apa-apa pasal perasaan yang berkaitan dengan cinta. Aku rasa lepas ni aku nak tutup hati aku. Aku tak nak fikir pasal cinta. CRUSH? Benda ni dah CRUSH hati aku sampai aku suka termenung bila aku sorang-sorang. Aku sedih sebab kita dah jadi macam musuh.

         Kalau kau baca surat ni tak kira lah bila. Aku harap kau tak marah aku.Aku harap kau jumpa orang yang lebih baik dari aku yang kejam ni. First time aku buat manusia yang aku kenal macam ni..Or maybe ada lagi seorang.Tapi yang tu aku tak kenal pun dia,so tak kira. Sampai bila-bila pun kau tetap kawan aku. Aku sentiasa mendoakan kebahagiaan kau. Semoga kau sentiasa dijalan yang benar..

Terima kasih banyak-banyak sebab pernah jadi warna dalam hidup aku yang sentiasa suram sejak dulu.


Your sincerely,
ALAMMEGAH

























Tiada ulasan:

Catat Ulasan