Assalamualaikum....
When you can't retain back a memory, you can still keep it.....
Hari sabtu lepas Naz dengan Batch mates pergi Broga hill. seronok daki bukit kat situ.
First time panjat bukit. Susahnya macam nak memorize balik nota yang belajar masa darjah 6. Dah badan Naz tak fit,nafas macam orang lagi marathon. Bezanya Naz tak lari pun time daki.
When you can't retain back a memory, you can still keep it.....
Hari sabtu lepas Naz dengan Batch mates pergi Broga hill. seronok daki bukit kat situ.
First time panjat bukit. Susahnya macam nak memorize balik nota yang belajar masa darjah 6. Dah badan Naz tak fit,nafas macam orang lagi marathon. Bezanya Naz tak lari pun time daki.
Buat apa tu Syafiq? |
The thing is,Naz dengan Jannah je perempuan yang pergi. Yang lain tu pula semua lelaki. Dengan ini Naz nak mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka-mereka yang telah menghulurkan tangan dan meringankan beban semasa mendaki Bukit Broga.
Kepada Syafiq,terima kasih sebab dah drive kitorang pergi dan balik Broga. Kau jadi ketua pendakian, Kau buat lawak bodoh, Kau hampir tergolek kebawah, Kau dah macam koala masa tangkap gambar dekat sign board Bukit Broga. Thanks juga dah tangkap gambar aku dekat sign board tu. masa kau tolong tangkap gambar auntie tu,aku sengih je. Aku tak faham pun apa yang Auntie tu buat lawak. Even,apa yang dia cakap pun aku tak berapa nak faham. Yang aku faham dia cakap 'susah nak selfie~' Kau ketawa aku pun ketawa walaupun tak tahu apa yang lawak.
Kepada Mok, terima kasih sebab dah escort mase mula-mula mendaki. lawak bodoh sarkastik muka kelakar kau telah berjaya memberi sedikit semangat dekat aku yang macam nak mampuih panjat Broga.
Kepada Ayam, terima kasih sebab dah tolong bawak beg aku yang berat sampai aku jalan terhuyung hayang bagaikan orang mabuk bawak kereta. Aku tahu mesti kau penat, thanks untuk nasihat jangan minum air banyak-banyak nanti badan rasa berat. tapi aku main belasah je minum air.
Kepada Syed, terima kasih sebab dah bawakan beg aku masa balik. Juga sebab dah tangkapkan gambar kitorg masa kat sana. Aku tak terfikir langsung nak ambil gambar. Apa yang aku fikir,penat weyh! Aku dah belasah air 100 plus kau yang last tu. Lupa nak kasi tahu. Lepak masa tengok matahari tak timbul-timbul, thanks sebab buat lawak.
baju kau cool |
kepada Mackarl, terima kasih dah tolong aku turun bukit yang last sekali. Bila aku tengok tanah tu, aku tak tahu mana satu nak pijak. Aku rasa semua tu impossible. But then,kau tunjukkan semua tu possible. Akhirnya aku percaya jugak kecondongan tanah tu dapat diatasi dengan sains Friction. thanks untuk air mineral berat yang kau bawak tu.
kepada Syamim, terima kasih sebab bagi aku air 100plus kau. time tu aku dah dahaga sangat. Aku rasa kau baru beli air tu kat bawah bukit sebab air tu sejuk lagi. Sangat refresh~ Kau cakap kat aku 'Atas bukit pun nak dengar lagu ke?' Time tu aku rasa nak sekeh kau. Aku suka dengar lagu, tapi sebab aku terlupa masa dekat sungai,earphone aku dah masuk air. Padan muka kau Nazirah.
Kepada Jay,terima kasih sebab escort aku masa nak turun. Kau dengan Ayam jalan ke melompat. Aku pun tak pasti.Hahaha,tapi sure ah korang laju. Kau cakap aku mungkin dulu atlit sekolah sebab dapat kejar korang. Aku sengih je. Aku sangat-sangat tak suka sukan masa sekolah dulu.
Kepada Aidil jahat, terima kasih sebab dah buat lawak dan escort aku masa nak turun. Kau turun macam penguin main slide kau tahu tak? Hahaha, kau cakap , 'Aku pun bukannya betul sangat' Ni kau refer pasal The Way kau turun. sedar pun kau. Ada sekali tu kau terjatuh. Kaki kau merah. pastu masa kitorang dah sampai kau tak muncul-muncul juga. Time tu aku dah fikir macam-macam. Tiba-tiba jadi risau. tapi bila kau sampai,aku rasa bersyukur. Kau cakap tak sakit. =.=' .
Kepada Tajudeeen, terima kasih sebab dah tolong aku naik Peak yang akhir tu. Tempat yang Syafiq jatuh tu aku pandang macam, Biar betul! Aku tak percaya aku boleh naik batu tu. Kau hulur tangan, time tu aku teragak-agak nak sambut. Tu first time aku pegang tangan lelaki . Ye ah, kalau tersentuh tu memang ah pernah..tapi pegang kot. Aku anggap semua tu dalam kategory Darurat. Aku minta maaf sebab dah batalkan wuduk kau. Hahaha. thanks juga sebab dah join aku menyanyi masa mendaki. masa tu aku fikir 'Taju Rock!'
Gila cantik kat belakang |
Kepada Ratan, Thanks sebab dah tolong aku turun bukit. Aku jalan belakang kau. Pastu ada satu tempat tu,kau suruh aku jalan dulu,mungkin kau tengok aku penat tunggu kat belakang.
Kepada Yen, terima kasih sebab tolong aku naik atas batu. Aku tahu aku berat. Untung kau tak tergolek masa tarik aku. Dekat situ aku lepak bagi hilang penat. Kau suruh aku ke tepi sikit sebab ada orang nak ambil gambar. Thanks, mata aku dah berpinar dengan cahaya flash. Aku rasa time tu otak aku penat nak berfikir sampai benda kecik macam tu pun aku tak boleh nak fikir. 'Kau tak boleh gerak tempat lain ke Nazirah oii!' hahaha
Kokdiang macam tersesat |
kepada kokdiang, terima kasih untuk lawak kau yang tak seberapa tu. Muka berlagak kau akan aku kenang sampai aku tua. Hahahaha, menyampah aku bila kau dapat naik batu besar tapi aku tak dapat. Siyes jelesss!
kepada Hakim, terima kasih sebab jaga aku masa separuh jalan nak turun tu. masa kat atas puncak tu sempat lagi kau usha awek,ye. Hahahaha. Mesti kau gembirakan sebab dapat tangkap gambar dengan FAMLY kau.
Happy Family..yeah! |
Kepada Jimbit, terima kasih dah jaga kitorang semua kat belakang dengan torchlight. Thanks untuk lawak bodoh kau masa pergi dan balik Broga. Time dalam kereta tu kau kasi kitorang makan cempedak mahal 2,00 ringgit lima biji kau. Kau kata cempedak goreng tu sedap..Bagi aku biasa-biasa je sebab tak manis.
Kepada Jannah,Thanks sebab ingat aku masa nak turun. Kau suruh diorang jaga aku. 'Eh tengokkan Nazirah tu. Sapa nak jaga Nazirah?' Masa panjat tu aku tengok kau penat tapi kau tak banyak bunyi. Aku jumpa bunga lalang kat tepi aku. Aku rasa bunga tu comel. Aku ambil pastu aku pandang belakang. Aku tunggu kau sampai dengan budak-budak lain. Bunga tu aku hadiah kat kau sebab kau kawan aku yang paling comel dekat Broga tu. Hihihihi.
Comelnya,anak siapa ni? |
kepada sesiapa yang aku terlupa nak sebut kat atas tu. Terima Kasih! tanpa korang tak berjaya misi aku nak Naik Broga. Mental aku betul-betul teruji masa naik Broga.
Seronok ek yang dekat belakang tu 'Photo Boom!' |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan