ALEXANDER PERTZ dilahirkan dari kedua orang
tua Kristian pada tahun 1990. Sejak awal ibunya telah memutuskan untuk
membiarkannya memilih agamanya jauh dari pengaruh keluarga atau masyarakat.
Apabila dia boleh membaca dan
menulis, maka ibunya memberi untuknya buku-buku agama dari seluruh agama, baik
agama langit atau agama bumi.
Setelah membaca buku-buku secara
mendalam, Alexander memutuskan untuk menjadi seorang muslim. Padahal ia tak
pernah bertemu muslim seorangpun.
Dia sangat cinta dengan agama ini
sampai pada tahap dia mempelajari solat, dan mengerti banyak hukum-hukum
syar’i, membaca sejarah Islam, mempelajari banyak kalimat bahasa Arab,
menghafal sebahagian surah dan belajar azan.
Semua itu tanpa bertemu dengan
seorang muslim pun. Berdasarkan bacaan-bacaan tersebut dia memutuskan untuk
mengganti namanya menjadi Muhammad Abdullah, dengan tujuan agar mendapatkan
keberkahan Rasulullah SAW yang dia cintai sejak masih kecil.
Salah
seorang wartawan muslim menemuinya dan bertanya pada anak tersebut. Namun,
sebelum wartawan tersebut bertanya kepadanya, anak tersebut balik bertanya
kepada wartawan itu, ”Apakah engkau seorang yang hafal Al Quran?”
Wartawan itu berkata: ”Tidak.” Namun
wartawan tersebut dapat merasakan kekecewaan anak itu atas jawapannya.
….Setelah membaca buku-buku secara
mendalam, Alexander memutuskan untuk menjadi seorang muslim. Padahal ia tak
pernah bertemu muslim seorangpun….
Anak itu kembali berkata, ”Akan
tetapi engkau adalah seorang muslim, dan mengerti bahasa Arab, bukankah
demikian?” dia menghujani wartawan itu dengan banyak pertanyaan.
”Apakah engkau telah menunaikan
ibadah haji? Apakah engkau telah menunaikan ’umrah? Bagaimana engkau boleh
mendapatkan pakaian ihram? Apakah pakaian ihram tersebut mahal? Apakah mungkin
aku membelinya di sini, ataukah mereka hanya menjualnya di Arab Saudi saja?
Kesulitan apa yang engkau alami tinggal sebagai seorang muslim di komuniti yang
bukan Islami?”
Setelah wartawan itu menjawab
berdasarkan pengetahuannya, anak itu kembali berbicara dan menceritakan tentang
beberapa hal berkenaan dengan kawan-kawannya, atau gurunya, sesuatu yang
berkenaan dengan makan atau minumnya, peci putih yang dikenakannya, ghutrah (serban)
yang dia lingkarkan di kepalanya dengan model Yaman, atau berdirinya di taman
umum untuk mengumandangkan azan sebelum dia shalat.
Kemudian ia berkata dengan penuh
penyesalan, ”Terkadang aku kehilangan sebahagian solat kerana tidak tahu
tentang waktu-waktu solat.”
Kemudian wartawan itu bertanya pada
beliau ”Apa yang membuatmu tertarik pada Islam? Mengapa engkau memilih Islam,
tidak yang lain sahaja?” dia diam sesaat kemudian menjawab.
”Aku tidak tahu, segala yang aku
ketahui adalah dari yang aku baca tentang Islam, dan setiap kali aku menambah
bacaanku, maka semakin banyak kecintaanku pada Islam.”
….Segala yang aku ketahui adalah
dari yang aku baca tentang Islam, dan setiap kali aku menambah bacaanku, maka
semakin banyak kecintaanku pada Islam….
Wartawan bertanya kembali, ”Apakah
engkau telah puasa Ramadhan?”
Muhammad tersenyum sambil menjawab, ”Ya,
aku telah puasa Ramadhan yang lalu secara sempurna. Alhamdulillah, dan itu
adalah pertama kalinya aku berpuasa di dalamnya. Dulunya sukar, terutama pada
hari-hari pertama”.
Kemudian dia meneruskan : ”Ayahku
telah menakutkan aku bahawa aku tidak akan mampu berpuasa, akan tetapi aku
berpuasa dan tidak mempercayai hal tersebut”.
”Apa cita-citamu?” tanya wartawan
Dengan cepat Muhammad menjawab, ”Aku
memiliki banyak cita-cita. Aku ingin menunaikan haji ke Mekah dan mencium Hajar
Aswad”.
”Sungguh aku perhatikan bahawa
keinginanmu untuk menunaikan ibadah haji adalah sangat besar. Adakah penyebab
hal tersebut?” tanya wartawan lagi.
Ibu Muhammad untuk pertama kalinya
turut menyampuk dia berkata: ”Sesungguhnya gambar Ka’bah telah memenuhi
biliknya, sebahagian manusia menyangka bahawa apa yang dia lewati pada masa
sekarang hanyalah semacam khayalan, semacam angan-angan yang akan berhenti pada
suatu hari. Akan tetapi mereka tidak mengetahui bahwa dia tidak hanya sekadar
serius, melainkan mengimaninya dengan sangat dalam sampai pada tahap yang tidak
boleh dirasakan oleh orang lain”.
Kelihatan senyuman di wajah Muhammad
’Abdullah, dia melihat ibunya yang membelanya. Kemudian dia memberikan
keterangan kepada ibunya tentang tawaf di sekitar Ka’bah, dan bagaimanakah haji
sebagai sebuah lambang persamaan antara sesama manusia sebagaimana Tuhan telah
menciptakan mereka tanpa memandang perbezaan warna kulit, bangsa, kaya, atau
miskin.
Kemudian Muhammad meneruskan, ”Aku
sudah menabung dengan mengumpulkan baki wang sakuku agar aku boleh pergi ke
Mekah Al-Mukarramah. Aku mendengar bahawa perjalanan ke sana memerlukan
perbelanjaan 4 ribu dollar, dan sekarang aku mempunyai 300 dollar.”
….Aku sudah menabungkan baki wang
sakuku agar aku boleh pergi ke Mekah Al-Mukarramah. Perjalanan ke sana
memerlukan perbelanjaan 4 ribu dollar, dan sekarang aku mempunyai 300 dollar….
Ibunya menghampirinya lalu berkata
untuk berusaha menghilangkan kesan kebimbangannya, ”Aku sama sekali tidak
keberatan dan menghalanginya pergi ke Mekah, akan tetapi kami tidak memiliki
cukup wang untuk menghantarnya dalam waktu terdekat ini.”
”Apakah cita-citamu yang lain?”
tanya wartawan kepada anak ini.
“Aku bercita-cita agar Palestin
kembali ke tangan kaum muslimin. Ini adalah bumi mereka yang dicuri oleh
orang-orang Israel (Yahudi) dari mereka,” jawab Muhammad.
Ibunya melihat kepadanya dengan
penuh kehairanan. Maka dia pun memberikan isyarat bahawa sebelumnya telah
terjadi perdebatan antara dia dengan ibunya kerana isu ini.
Muhammad berkata, ”Ibu, engkau belum
membaca sejarah, bacalah sejarah, sungguh benar-benar telah terjadi perampasan
terhadap Palestin.”
….Cita-citaku adalah aku ingin
belajar bahasa Arab, menghafal Al-Quran, dan belajar di negeri Islam….
”Apakah engkau mempunyai cita-cita
lain?” tanya wartawan lagi.
Muhammad menjawab, “Cita-citaku
adalah aku ingin belajar bahasa Arab, dan menghafal Al-Quran.”
“Apakah engkau berkeinginan belajar
di negeri Islam?” tanya wartawan
“Tentu!” tegasnya.
”Apakah engkau memiliki kesusahan
dalam hal makanan? Bagaimana engkau menghindari daging babi?”
Muhammad menjawab, ”Babi adalah
haiwan yang sangat kotor dan menjijikkan. Aku sangat hairan, bagaimanakah
mereka memakan dagingnya. Keluargaku mengetahui bahwa aku tidak memakan daging
babi, oleh kerana itu mereka tidak menghidangkannya untukku. Dan jika kami
pergi ke restoran, maka aku beritahu kepada mereka bahawa aku tidak memakan
daging babi.”
”Apakah engkau solat di sekolah?”
”Ya, aku telah membuat sebuah tempat
rahsia di perpustakaan. Aku solat di sana setiap hari,” jawab Muhammad.
Kemudian datanglah waktu solat
maghrib di tengah wawancara. Anak itu langsung berkata kepada wartawan, “Apakah
engkau mengizinkanku untuk mengumandangkan azan?”
Kemudian dia berdiri dan
mengumandangkan azan. Dan tanpa terasa, air mata mengalir di kedua mata
wartawan ketika melihat dan mendengarkan anak itu menyuarakan azan.
Subhanallah!!
# Anak ini sudah berumur 21 tahun
pada hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan