status~
Isnin, April 22, 2013
YAOTOME HIKARU ~
Ahad, April 21, 2013
Bad thing does happen
Aaaaaaaaaaaaaaaa..this is not happening!semua workhard aq in novel has been deleted...aq dah rasa macam nak berputus asa dah sekarang ni..aq dah buat sambungan pun novel2 tu semua..tapi sekarang ni dah lesap..ni semua sebab antar kedai lappy ni.aq dah pesan kat ayah aq kalau nak format kate kat aq dulu..ni tak..sekali dengan lagu plus video aq hilang..citer yamada ryosuke pun same!buzzer beat apatah lagi..aq rasa macam naak makan raksasa dah sekarang ni..kena cari balik semangat untuk kembali menulis..ugh,so depressing!
Khamis, April 04, 2013
Nurseri
aq nak citer something ni tapi agak memalukan..haha,aq sanggup kerja dekat nurseri tu seminggu je..memang penat.siyez aq kata.kalau ada yang yang berminat yang pastinya berjantina wanita,haruslah memberitahu aq.nanti aq kasi tahu tuan punya taska.kecekalan dan kesabaran anda akan di uji. hang jangan kata aq ni tak penyabar pulak orangnya.cuba teka berapa orang yang aq kena jaga dalam satu2 masa..lebih dari sepuluh kanak-kanak dari umur 1 tahun hingga darjah empat.ha!nak kata apa kata lah...korang tak merasa.tinggal plak kat bandar.malam2 rumah dekat bandar ni panas cam ekzos motor..fisrt night tu memang gila panas.berpeluh2 aq nak tidur.ingatkan demam sebab rindu dekat rumah.home sick ke?tapi bukanlah..ada something yang supernatural sikit.biar aq sorang je yang tahu.malas nak cerita nanti jadi fitnah al dunia...
erm,aq kenal dengan banyak budak yang comel2 tau.ada budak tu panggil aq mama dengan mak..gila terharu..ada budak yang peluk dengan cium pipi aq..haaa,camne la rasa korang kalau kena camtu..aq rasa sayu pulak bila fikir aq dah tak keja dekat situ mulai minggu depan.pekerja yang baru tu belum tentu baik macam aq..hak3,sempat lagi aq mengangkat bakul ye..pape pun nanti aq upload gambar sweatheart2 aq tu.jangan jeles tau..muda2 aq da ada anak..hihihi :)
Jumaat, Mac 29, 2013
KERJA dan UPU dan Japan here i come!hope~
okey..hari ni naz nak komplain pasal diri sendiri..eh,sekarang dah pukul berapa ye?ha!pukul 5 pagi kot.aq ta tidur lagi la wey..tahu tak kenapa..sibuk mengonline nye adoi ter ber..lupekan ayat teruk tu..
okey..aq sibuk mengemaskini borang UPU..kan kite dah habis sekolah..kite nak kena masuk U pulak..eehs,gedik pulak aq rasa. next week aq akan mula bekerja di nurseri..haha,mampukah?aq harap aq dapat melaksanakan tugas dengan cemerlang gemilang dan terbilang. kenapa aq gatal2 nak kerja kat nurseri tu?sebab aq nak cari duit poket sementara surat permohonana tu sampai..nanti kalau melepak je dekat rumah ada yang makan penyapu kang. menulis menulis gak..novel aq tu ada la sikit perkembangannya.korang jangan lupa baca lak.tapi sorry la ye aq tak update lagi citer tu walaupun dah buat sambungannya.ada babak romantik lagi kaw..hakhakhak..
herm,cerita pasal sambung belajar ni kan...aq pergi laman JPA nak mohon biasiswa laney..akak sepupu aq kata try la mohon mana tahu dapat.aq pergi la google.dapat pun lamannya.tengok kat situ an ada peluang melanjutkan pelajaran ke luar negara.guess what!! its japan!!kyaaaa..haha,dah gila aq jadinya tengok perkataan dekat laman tu.teruja nak mampus.ada lah tahap harimau terserempak dengan kancil.kalau korang nak tahu bukan pergi belajar ke jepun je tau..ada jerman,perancis dan juga korea(aish,ade aku kesah?) aq nampak japan je time tuh..mata aq ni terus menerjah huruf2 abc dekat situ.dia suruh baca syarat kelayakan untuk memohon.tanpa jemu aq pun klik la dekat tempat tu.baca punya baca..hatiku dikecewakan oleh syarat kelayakan tu.kelayakan jurutera ke japan/korea ...anda haruslah mendapat sekurang-kurangnya A-dalam 6 matapelajaran dibawah..dia senaraikan..aq tengok..oke..oke..oke..dan oke..then lepas tu key..Oooo...kimia pun same lah..aq mendapat C+ je kot.tapi aq ni cik naz yang pantang menyerah..chewahh..aq pun dengan degilnya tetap mendaftar diri dekat laman tu.aq cari butang yg ada perkataan borang permohonan dan klik lagi sekali..aq daftar tanpa menyedar diri yang aq ni tak layak nak mohon.buang tenaga je..tapi demi japan aq teruskan juga matlamat utama aq..punya la banyak ruang kosong nak kena isi..rajin plak aq ni mengisi borang..kalau tak dapat memang sedih tahap gaban..kalau dapat pula sedih juga..tahu kenapa..mak ayah aq bukan konfem izinkan aq study abroad tu..dekat dalam negara pun da kecoh sebulan..kena gi form6 la..kejap gi U kejp gi maktab..last2 aq pun macam give up time uh.aq kalau serabut plus tak puas hati ape lagi..teman sejati aq..kalau tak kertas dengan pensil,bantal dengan tilam..aq tidur larh..rasa macam semua problem lenyap macam tu je.hahahaha gila tak aq..
now, i think i should improve my skill speak in english with very fluent..UITM kena cakap BI!omigosh..haha,tadi time sibuk isi borang dan kemas kini aq tak faham satu speasis korse ni..ejaan uh pedulikan..aq pun google..ade satu blog jejake ni..smart je..dia citer saat2 dia temuduga korse arkitek dekat uitm perak..name dy paly(not real name) name timangan la kot..dia kate kena duduki ujian melukis..pas uh kena tanya soalan temuduga oleh org yang speak english..aq, english ni kalu orang bercakap aq faham..tapi bab aq yang bercakap memang fail..so, aq rasa nak berlatih menyebut perkataan yg asing tu agar tidak menjadi seperti makhluk asing kalau aq kena temuduga nanti..huhu
oh ye..aq ni da jdi hyper tlebih sebab tak tidur2 lagi..sebab tu banyak sangat yang aq tulis kat atas tu..harap korang tak bosan or pening membaca blog aq ne..tak de pun orang yang bace..aq sendiri yang pelawa diri sendiri baca balik apa yang aq mencarot-lobak..tadi kan aq chat dengan kawan lama fb..die lagi tua dari aq ..study dekat uitm..so,aq amek peluang tu untuk tanye dia pasal U ni.ye ecah..sian kaw kena layan otak mereng aq ni..dah la kaw nak amek final..gudluck untuk final~ni,kalau ko bace blog aq yang tak berape menarik..ko jangan gelak guling2 ye..haha,biarkan die..eh,apa aq mengarot lagi ni?
time ni tetiba pulak adik aq mengigau..dari tadi dia tidur sambil bercakap..aq siap tanya lagi..dia jawab nak main game..haha
oke la kawan2 yang tak skema saye..saye nak chow dulu..
harapan aq:
1.permohonan diluluskan
2.dapat U yang terbaik
3.budak baek..harap kau on9.dah lame tak sembang dengan ko..pe khabar la ko kat sane..sihat ke tak?
4.aq jadi terkenal sebab novel aq best.hihihi
5.gembira berkawan dengan kawan2 semua~
p/s:hey,i just meet new friend today..and,he's a boy,and he's a writer like me,and he's got a blog,and he's eighteen years ole like us and,dont ever think about that,yeah,i know whats on your mind..aq setie pade yg 1 tau..aq nak pergi jepun!jangan halang jalan aq,please!haha,kay tataa
Rabu, Mac 13, 2013
luahan si epal hijau~ha ha
hurm,lamakan aq tak update entry blog ne. nak kata busy,aq duduk lepak dekat rumah je. ala-ala sesi menggemukkan badan :P ...honestly,i really want to update my blog but my internet line have been transfer to another place..ah ye la kan.aq guna line wifi,so, bila ayah aq pergi tukar line tu ke rumah yang ada kat bandar tu,nganga je la aq kat rumah. terbayang-bayang je blog ni dekat mata. ni pun aq on9 dekat rumah tu. datang sini sangat lah malam. mata pun dah agak berat bagai bongkah batu dibaling-baling..haha,pelik bebenaor ayat aq ne...
korang tahu tak.aq sekarang ni berbelah bahagi pasal masa depan aq. aq nak sangat masuk U. tapi mak aq suruh sambung tingkatan6. mak aq kata dia dah tanya cikgu2 pasal mana yang terbaik. budak yang gi tingkatan 6 dapat gaji lebih bila dah kerja sebab dorang ada amek stpm..but,those yang amik U terus ,gaji die lower sikit dari budak lepasan tingkatan 6. lepas aq amik tingkatan 6 baru la mak aq kasi masuk U.tak kisah la nak amek course ape..aq nak amek course memasak..then,kerja dekat mana-mana hotel. dah berangan pun jadi tukang masak terkenal..aq nak menetap dekat luar negara..ahahaha,dimanakah itu?of coz la Japan..gila bebenor aq ni dengan matahari terbit tu..kagum punya pasal~ce la korang google mana-mana movie dari negara diorang.its really inspired~hahaha
ni aq nak citer sekit pasal laman sosial kegemaran aq. kalau korang nak improve kan BI korang..lebih kepada verb la dan juga pemahaman tentang langguage tu,sila lah menjengah ke laman tersebut. its require some alot of reading time..bagi sesiapa yang minat membaca buku fiksyen,laman tu memang tersangat la sesuai. korang dapat mengembara melalu pembacaan.cerita tu kebanyakannya di dalam bahasa inggeris..sekarang,korang dah tahu macam mana aq improve kemahiran bahasa inggeris aq. novel tu semua percume je der.die ni macam e-book on9. ada macam2 genre..vampire,werewolf..god~is there anyting else?haha,bagi korang yang tak suka genre yang sangat la chessy tu, ada lagi kot genre lain..teen,romance,science fiction dan banyak lagi..dekat situ,korang juga boleh berkenalan dengan kawan baru dari serata negara,,hantar mesej,fanning dan menjadi penulis.haha,ayat promote aq ni memang agak teruk kan..aq pun rasa nak pitam baca,..kay,apakah nama laman sosial yang dimaksudkan? WATTPAD.COM
jangan lupa menjengah laman sesawang tu yek..membaca menambah ilmu..
Ahad, Februari 10, 2013
Movie on the watch~
assalamualaikum..
korang dah tengok ke citer ne?aq baru je nk tengok..haha~t la aq mmbebel lagi..xde mood nee..
Jumaat, Februari 01, 2013
RIP or rest in peace
assalamualaikum..
entry ni merupakan entry untuk memperingati arnab2 kesayangan aq.Ingt lagi dekat aswad?tapi sekarang ni aq nak cerita pasal arnab yang lain. 2 hari yang lepas HEro telah meninggalkan dunia ni.malam sebelum dia mati tu,dia telah di larikan oleh PUTIH,kucing aq.huhu,di lari ikut tingkap yang pecah sambil menggendong arnab aq..aq kejar macam orang gila malam tu.rasa macam bergelen-gelen adrelin dipam keseluruh kaki dan tangan aq..aq pegang penyapu a.k.a penyakar luar rumah.bertujuan untuk menghempuk kucing yang tetiba jadi jahat tu..sadis juga aq ne..macam pembunuh bersiri plak..pakai penyakar segala..herm,disebabkan aq tak sampai hati nak ketuk kucing tu,kucing tu sempat melarikan diri ke garaj kereta..time uh,dengar bunyi arnab aq menjerit..what?arnab aq boleh menjerit?selalunya mana ada arnab tu nak bersuara nan merdu..kira ni kali terakhir dia hidup la..jangan nanges lagi~dekat garaj tu,Amir,adek aq sempat menahan kucing tu..akhirnya arnab tu dapat diselamatkan..tapi telinga arnab tu sebelah senget~=_=' kesian arnab aq..
dia selamat malam tu..
tapi..2 3 hari lepas tu dia meninggal..pagi tu mak aq kejut kata arnab mati..what?!! aq ingat mak aq main2 je..
aq kebumikan arnab tu dekat tepi rumah..do i cry thats time..aq nanges time kambus arnab tu je..time tengok mayat dia untuk kali terakhir..aq tak tahu la nape aq rasa malu bila mnanges..aq tak nak orang lain tengok aq serabut macam tu..so,i stop crying~what??aku tetap aku..well,aq pun malu dengan diri sendiri..aq tak jaga arnab tu dengan baik..sekarang ni tinggal la sekor je arnab..Kecik hidup macam biasa walaupun Hero dah xde kat dunia ni..
Al-fatihah.....
p/s:Aq bukan pembunuh arnab!!